Hanna
Salam 1 malaysis buat teman-teman sekalian, menakutkan apabila mengetahui kutub selatan mencair lebih cepat dari jangkaan. Siapa penyebabnya kalau bukan kita manusia yangbijak pandai ni.
Salah siapa bumi kita panas, salah siapa global warming? Kita sendiri sudah tahu, kitalah MANUSIA yang bijaksana itu.
Salam 1 Malaysia,
Saya sebagai rakyat Malaysia saya ingin berkongsi maklumat dengan rakan-rakan sekalian tentang kepentingan kitar semula daripada rumah. Kerajaan berbelanja jutaan ringgit untuk menjayakan program Kitar Semula dengan membekalkan bekas kitar semula di tempat-tempat awam. Tapi cuba kita fikirkan sejenak, tanpa kesedaran berapa ramai yang akan mengambil inisiatif mengasingkan bahan-bahan tersebut mengikut jenisnya.
Kesedaran dari rumah itu lebih penting, kita jauh ketinggalan dari segi kesedaran alam sekitar berbanding luar negara. Apa kata kita memulakan langkah di rumah dengan mengitar semula sampah sisa organik seperti sayuran, buahan, biskut dan kertas di rumah dan menukarkan ia kepada baja organik di rumah dengan menggunakan Can O Worm.
' Kill Two Birds With One Stone' atau Sambil Menyelam Sambil Minum Air disini memberi makna bahawa dengan kitar semula menggunakan Can O Worm berisi cacing kompos, hasilnya adalah cacing yang akan membiak yang boleh di jual untuk pendapatan sampingan, baja untuk kegunaan tanaman dan sayuran malah mengurangkan kebergantungan kita kepada baja kimia dan paling penting mengurangkan sampah yang menghasilkan bau yang tidak menyenangkan.
Susah sangatkah untuk kita mengambil sayur-sayur yang hendak dibuang dan meletakkan ia ke dalam bekas Can O Worm yang ada di depan mata di rumah? Cuba kita fikirkan, andai anak-anak melihat disiplin ibu bapa dalam menjaga alam sekitar mereka sedikit sebanyak akan tertarik dan belajar. Maka kita tidak akan menjadi negara lunggukan sampah, penuh dengan penyakit berjangkit, Global Warming dan sebagainya.
Kenapa apabila kita ke negara luar seperti Singapura, kita mampu mengikut undang-undang mereka untuk tidak membuang sampah merata-rata? Mentaliti saudaraku sekalian, sebagai langkah awal kita mulakanlah di rumah. Cuba bayangkan satu rumah membuang sekurang-kurangnya 250gram sampah setiap hari. Bayangkan terdapat 100 rumah x 250gram sampah organik sehari. Sebulan? Setahun? Kalau satu Malaysia membuang sisa makanan 250gram sehari bayangkan jumlahnya saudara.
Nampak remeh tapi itulah yang kami ingin sedarkan Masyarakat kita. Wake Up Call sebelum terlambat, tidak mustahil menjelang 2020 negara kita lebih banyak sampah dari penghuninya. Kita mula dari rumah kalau anda rasakan mahu mengasingkan sampah lain itu susah, asingkanlah sisa organik untuk ditukarkan kepada baja organik. Sedikit tanggungjawab yang bakal menjanjikan bumi yang lebih selesa untuk masa depan anak-anak kita.
Can O Worm membantu menyedarkan masyarakat tentang kepentingan kitar semula, bagaimana menjana pendapatan sampingan daripada sampah di rumah anda dan bagaimana Hijau Kembali dapat menarik minat masyarakat terhadap alam sekitar. www.hijaukembali.webs.com mampu membantu anda mengenali apa itu Can O Worm.
Kepada mereka yang terlibat dalam bidang industri makanan Big Hanna merupakan komposter yang sesuai kerana ia boleh mengitar semula sisa makanan yang belum dan yang telah di masak. www.bighanna.com dapat menjelaskan kegunaan mesin ini kepada peniaga yang terlobat dalam industri makanan.
Kami sebagai rakyat 1 Malaysia berbangga kerana berkesempatan menyumbang sesuatu untuk kesenangan kita bersama. Hubungi kami untuk maklumat lanjut 0192286010. Masa depan anak-anak dan bumi kita di hujung pemikiran anda sendiri. Fikir-fikirkanlah..
Sekarang saya mengadakan promosi untuk Can O Worm berisi cacing dengan harga RM500 sahaja berbanding harga biasa RM600 setiap satu. Hubungi saya untuk maklumat lanjut.



Salam hijau dan damai wahai para pecinta alam
Posted: 2009-11-06 | More Reviews From ujungkulonman