Blog Detail
SME MELAKA - PUSAT KHIDMAT PKS MELAKA, MALAYSIA
http://smemelaka.wordpress.com
Cadangan penubuhan Pusat PKS ini adalah selaras dengan dasar pembangunan PKS di Malaysia di mana PKS akan membantu usahawan-usahawan mengambil peluang perniagaan dalam proses industrialisasi negara dan pembentukan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (BCIS).
FUNGSI KAMI
Pusat Sumber Rujukan dan Maklumat ICT PKPKS
PKPKS bertanggungjawab menyedia dan memantapkan perolehan segala maklumat PKS dari semua agensi-agensi, pertubuhan, institusi kewangan dan sebagainya yang boleh membantu kepada pembangunan PKS. Antara perolehan yang ada di PKPKS ialah;
i) Brochure dan risalah.
ii) Borang permohonan
iii) Buku rujukan
iv) Majalah
v) CD-Rom
vi. Buku Panduan Perniagaan
Khidmat Runding Cara & Bantuan Perniagaan
PKPKS bertangungjawab sebagai moderator dan perundingcara bagi menyampaikan maklumat-maklumat PKS kepada usahawan yang datang untuk mendapatkan khidmat nasihat. PKPKS juga turut menjemput agensi-agensi lain pada hari-hari tertentu di PKPKS bagi memberi khidmat rundingcara. Antara agensi yang dijemput ialah:
i) Bank Perusahaan Kecil & Sederhana (SME Bank), setiap Selasa. Memfokuskan bantuan kepada usahawan PKS kecil dan sederhana.
ii. Yayasan Tekun Nasional (TEKUN), setiap Khamis. Memfokuskan bantuan pembiayaan usahawan PKS mikro.
iii Majlis Amanah Rakyat (MARA), setiap Khamis. Memfokuskan kepada bantuan pembanguan usahawan dan bantuan pembiayaan PKS kecil dan sederhana
iv. Perbadanan Pembangunan Industri Kecil & Sederhana (SMIDEC), sebulan sekali. Memfokuskan kepada bantuan pembangunan perniagaan perkilangan dan perkhidmatan untuk kecil dan sederhana
v. Malaysia Industrial Development Finance (MIDF), sebulan sekali. Memfokuskan kepada pembiayaan PKS sederhana dan besar.
vi. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), setiap Selasa. Khidmat nasihat perniagaan, pemasaran, pengurusan syarikat dan akaun syarikat.
Pembiayaan Kewangan dan Permohonan Geran
PKPKS bertangungjawab sebagai moderator dan perundingcara bagi membantu usahawan mendapatkan maklumat permohonan pembiayaan, borang permohonan, tatacara memohon dan kertas kerja bagi pembiayaan perniagaan dan geran bersamaan. Antara pembiayaan perniagaan dan geran tersebut ialah:
i. SME Bank
a. Skim Modal Asas (Batik Dan Kraf)
b. Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED)
c. Skim Pembiayaan Filem Cereka
d. Skim Tanmiah 1 (PROGRAM THIRD WINDOW)
e. Skim Tanmiah 2 (PROGRAM INDUSTRI STRATEGIK)
f. Tabung Khas Pelancongan 2 (SFT 2)
g. Tabung Usahawan Siswazah (TUS)
ii. Yayasan Tekun Nasional
a. TEKUN Tani
b. TEKUN Jangka Pendek
c. TEKUN Pelancongan
d. TEKUN Ternak
e. TEKUN Rakan Niaga
f. TEKUN Tunas
g. TEKUN Niaga
iii. Majlis Amanah Rakyat
a. Pembiayaan Am (RM250,000)
b. Pembiayaan Pewujudan Usahawan (RM250,000)
c. Pembiayaan Kontrak (RM600,000)
d. Pembiayaan Perkhidmatan Profesional (RM250,000)
e. Pembiayaan Pengangkutan (RM250,000)
f. Pembiayaan Mini Market (RM250,000)
g. Pembiayaan Khas Pembuatan dan Francais (RM1 juta)
h. Pembiayaan Perniagaan Kecil (RM10,000)
i. Pembiayaan Usahawan Teknikal (RM50,000)
j. Pembiayaan Kemudahan Tetap Kontrak (RM250,000)
iv. SMIDEC
a. Geran Pembangunan dan Promosi Produk Halal
b. Geran Peningkatan Kemahiran Permasaran PKS
c. Geran Peningkatan Keupayaan Rekabentuk Pembungkusan dan Perlabelan Produk PKS
d. Geran Untuk Peningkatan Produk dan Proses
e. Geran untuk Peningkatan Produktiviti dan Kualiti dan Persijilan
f. Geran untuk Perancangan dan Pembangunan Perniagaan
g. Pinjaman Mudah Untuk Perusahaan Kecil Dan Sederhana
h. Pinjaman Penempatan Semula Kilang
i. Skim Bantuan Khas Wanita SMIDEC
j. Skim Pengauditan Kilang
k. Skim Pinjaman Mudah untuk Penerapan Aplikasi ICT
Program Bengkel & Seminar Keusahawanan.
PKPKS bertangungjawab menganjurkan aktiviti bengkel dan seminar yang lebih memfokus kepada;
i. Potensi perniagaan.
ii Tatacara mengisi borang permohonan
iii. Taklimat agensi membantu PKS
iv. Motivasi.
Program Peningkatan Keupayaan EKS Negeri Melaka
Latar Belakang Program Peningkatan Keupayaan EKS Negeri Melaka
Program ini adalah hasil daripada Memorandum Persefahaman yang ditandatangani oleh SMIDEC – UPEN pada 24 hb. Ogos 2006 yang lalu.
Hasil daripada ini dua jawatankuasa telah dibentuk :
Jawatankuasa Pemandu dan Penilai
Jawatankuasa Teknikal.
Ahli Jawatankuasa Pemandu dan Penilai Program Peningkatakan Keupayaan EKS adalah seperti berikut;
Pengerusi Jawatankuasa Negeri Perindustrian, Perdagangan , Pembangunan Usahawan dan koperasi.
Ketua Pegawai Eksekutif SMIDEC
Pengarah UPEN
Pegawai kanan SMIDEC
Pusat Khidmat PKS
SIRIM Melaka.
Sekretariat; Perbadanan Pembangunan Industri Kecil & Sederhana (SMIDEC)
Ahli Jawatankuasa Teknikal Program Peningkatan Keupyaan EKS adalah seperi berikut;
PKPKS
SMIDEC
UPEN
Bahagian PKS, JKMM
SIRIM Melaka
MARDI Melaka.
Universiti Teknologi Mara Melaka.
Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Melaka.
Melaka Industrial Skills Development Centre (MISDEC)
Institut Pengurusan Melaka (IMM)
Sekretariat: Pusat Khidmat PKS Melaka (PKPKS).
Jawatankuasa Pemandu Penilaian akan merangka dasar dan menimbang EKS yang layak berdasarkan perakuan dari Jawatankuasa Teknikal. Jawatankuasa Teknikal akan menilai dan memperakukan EKS yang layak dan sesuai bagi Program ini kepada Jawatankuasa Pemandu.
Recent Posts
PROGRAM SEMINAR SEMPENA SHOWCASE SATU DAERAH SATU INDUSTRI (SDSI) 11-13 DISEMBER 2009 DI MITC MELAKA
PROGRAM SEMINAR SATU DAERAH SATU INDUSTRI (SDSI) 2009 BILIK SEMINAR ARAS 1, PUSAT DAGANGAN ANTARABANGSA MELAKA (MITC) 75450, AYER KEROH, MELAKA, MALAYSIA HARI PERAMA (JUMAAT, 11 DISEMBER 2009) SESSI TAJUK PENCERAMAH/PANEL Slot 1 9.30 pagi ...
BENGKEL MATRADE: BAGAIMANA MENGEMBANGKAN SAYAP KE PASARAN ASEAN 15 DISEMBER 2009, HOTEL ORKID MELAKA
View this document on Scribd View this document on Scribd Untuk mendaftar sila hubungi kami ditalian 06-2817388. Posted in Uncategorized Tagged: bengkel matrade pkpks, menembusi pasaran asean matrade ...
KONVENSYEN 5S MPC, 17 Disember 2009, Renaissance Hotel Melaka.
Jemputan ke Konvensyen 5S anjuran Malaysia Productivity Corporation (MPC) pada 17 November 2009 di Hotel Renaissance Melaka. Semua dijemput hadir. Borang Pendaftaran Masuk Konvensyen 5S. View this document on Scribd Posted in Uncategorize...
LAWATAN SAMBIL BELAJAR USAHAWAN NEGERI MELAKA KE ZARA FOODSTUFF INDUSTRIES SDN BHD DAN JALEN SDN BHD DI JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TAKZIM, 8 DISEMBER 2009 (SELASA)
Tuan/Puan, LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE ZARA FOODSTUFF INDUSTRIES SDN BHD DAN JALEN SDN BHD DI JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TAKZIM. Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara tersebut diatas. 2. Pusat Khidmat PKS Melaka bersama-sam...
KONVENSYEN 5S MPC, 17 Disember 2009, Renaissance Hotel Melaka.
Jemputan ke Konvensyen 5S anjuran Malaysia Productivity Corporation (MPC) pada 17 November 2009 di Hotel Renaissance Melaka. Semua dijemput hadir. Borang Pendaftaran Masuk Konvensyen 5S. View this document on Scribd Posted in Uncategorize...
Taklimat Program Eksekutif Diploma Universiti Utara Malaysia (Program separuh masa dan kelas hujung minggu) untuk usahawan dan peniaga.
View this document on Scribd Posted in Uncategorized Tagged: diploma usahawan, Taklimat Program Eksekutif Diploma Universiti Utara Malaysia (Program separuh masa dan kelas hujung minggu) untuk usahawan dan peniaga., usahawan dan peniaga ...

